Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Thursday, April 29, 2010

KENAPA MUHAMMAD BERKAHWIN DENGAN MENANTU?

Benar, Muhammad berkahwin dengan Zaynab Binti Jash bekas isteri kepada Zayed Hereathah Bin Kalby (anak angkat beliau), perkahwinan mereka terkandas di tengah jalan kemudian beliau berkahwin dengan Zaynab Binti Jash selepas menerima wahyu daripada Allah seperti disebutkan dalam ayat berikut :

... Maka ketika Zayed telah menceraikan isterinya, kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk berkahwin dengan isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat tersebut telah menceraikan isterinya (Al-Ahzab 33;37).

Adapaun tujuan perkahwinan tersebut untuk mengajarakan kepada umat bahawa berkahwin dengan bekas isteri daripada anak angkat adalah dibolehkan kerana budaya pada zamn tersebut menganggap anak angkat seperti anak kandung iaitu berhak menerima harta pusaka dan tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri anak angkat. Untuk menghapauskan amalan tersebut maka Muhammad mendapatkan perintah daripada Allah untuk berkahwin dengan bekas isteri anak angkat beliau iaitu Zayed Hareashah bin Qalby.

Wednesday, April 28, 2010

ADAKAH BETUL MUHAMMAD MEMPUNYAI 12 ISTERI?

Nama-nama Isteri Muhammad :

1. Khadijah Binti Khuwailed

2. Saudah Binti Zum'ah

3. Aishah Binti Abu Bakar

4. Hafsah Binti Omar Bin Khattab

5. Zainab Bin Jahsyin

6. Zainab Binti Khuzaimah

7. Hindon Binti Abi Umayah

8. Ramlah Binti Abi Sufian

9. Juwairiyah Binti Al- Harits

10. Maimunah Binti Al-Harith

11. Safiyah Binti Haiyi Bin Ahtab

12. Mariyah AlQibtiyah


Orang bukan Islam menuduh Muhammad gila sex sebab Muhammad mempunyai dua belas isteri. Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa rasulullah tidak gila sex :

1. Muhammad berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwailed berumur 25 tahun, perkahwinan beliau secara monogami selama 25 tahun. Selepas kematian Khadijah, beliau menduda selama 2 tahun kemudian baru berkahwin dengan Aishah dan beliau bersama Aishah dua tahun selepas itu. Orang yang gila sex mesti akan kahwin ramai semasa masih muda sebab mempunyai selera dan kemampuan yang tinggi seperti Tiger Wood tetapi beliau tidak berbuat demikian.




2. Daripada dua belas isteri Muhammad hanya seorang sahaja yang masih dara iaitu Aishah Binti Abu Bakar. Orang yang gila sex mesti akan berkahwin dengan perempuan muda dan masih dara seperti dilaporkan National Enquirer pada 25 April 2010 tentang perempuan yang pernah ditiduri oleh Tiger Wood seramai 120 perempuan sedangkan beliau tidak berbuat demikian.


3. Lelaki yang gila sex lebih suka melakukan sex tanpa ikatan perkahwinan "Touch 'N GO" kerana tidak perlukan komitmen hanya perlukan kepuasan tanpa perlu tanggung jawab tetapi beliau tidak berbuat demikian. Beliau mengahwini isteri-isteri beliau kerana banyak faktor iaitu melindungi isteri-isteri sahabat beliau yang mati dalam peperangan, faktor ekonomi dan hubungan kenegaraan. Bahkan isteri beliau ada yang sangat tua iaitu Sawda Binti Zam'a (65) yang tidak ada sesiapa yang dapat menguruskannya sehingga Muhammad mengahwininya untuk keselamatan semata-mata.

KENAPA SEMBELIHAN ISLAM SANGAT KEJAM?

Ramai yang beranggapan bahawa penyembelihan secara Islam adalah sangat kejam. Sekiranya anda faham proses penyembelihan dalam islam maka anda akan faham bahawa penyembelihan secara Islam adalah yang paling lembut. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa bukti di bawah ini :

1. Haiwan yang akan disembelih maka diasingkan daripada haiwan yang lain supaya tidak menyebabkan haiwan lain ketakutan.

2. Sebelum penyembelihan maka pisau harus dipastikan betul-betul tajam supaya penyembelihan berlangsung dalam masa singkat sehingga kesakitan adalah sangat minimal

3. Tidak dibenarkan menampakkan pisau kepada Haiwan sembelihan dengan tujuan menakut-nakuti haiwan sembelihan.

4. Apabila haiwan disembelih maka urat leher yang menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh akan putus maka haiwan akan tegang sehingga kesakitan akan rendah berbanding sembelihan selain Islam.

Berdasarkan hasil kajian haiwan yang disembelih secara Islam lebih sihat berbanding cara bukan islam. Hal ini kerana sembelihan secara Islam akan mengeluarkan darah daripada tubuh haiwan, penyakit banyak disebabkan oleh darah haiwan.

Tuesday, April 27, 2010

ADAKAH MUHAMMAD MENDERITA PEDHOPHILIA?

Pedhopilia adalah lelaki yang mempunyai sindrom seksual terhadap kanak-kanak. Ada yang menuduh Muhammad menderita pedhopilia kerana berkahwin dengan Aishah yang berumur 6 tahun seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah :

'A'ishah melaporkan bahwa Nabi Muhammad menikahi beliau ketika berumur enam tahun, dan Muhammad membawa beliau tinggal bersama selepas beliau berumur sembilan tahun. Ketika Muhammad wafat, beliau berumur lapan belas tahun (Sahih Muslim 008;3311).
Hadith di atas ramai mengajarkan beberapa perkara iaitu

1. Seseorang perempuan layak berkahwin bukan bergantung kepada umur seperti setengah agama yang menghadkan umur perkahwinan 15 tahun tetapi bergantung kepada kematangan dalam Islam disebut sebagai baligh (umur dapat membezakan yang baik dan buruk serta dapat menguruskan keluarga).

2. Lelaki tua boleh berkahwin dengan perempuan yang jauh lebih muda atas kerelaan dua pihak termasuk juga keluarga perempuan.

Berdasarakan Hadith di atas ramai yang menuduh bahawa Muhammad adalah Pedophilia kerana beliau berkahwin dengan Aishah yang berumur sangat muda iaitu enam tahun. Beberapa perkara perlu diambil kira dalam perkahwinan Muhammad dengan Aishah yang menunjukkan bahawa Muhammad bukan Pedhopilia :

1. Perempuan umur sembilan tahun dulu tidak boleh disamakan dengan umur sembilan tahun sekarang kerana perbezaan budaya dan juga makanan akan mempengaruhi perkembangan perempuan tersebut. Sebagai contoh nenek anda lima puluh tahun lepas berkahwin pada umur lima belas tahun, budaya pada zaman tersebut sesuatu yang wajar perempuan berkahwin lima belas tahun bahkan perempuan yang berkahwin umur dua puluh tahun dianggap sebagai anak dara tua (andartu).

Sedangkan zaman sekarang perempuan yang berkahwin pada umur lima belas tahun dianggap terlampau muda dan umur perempuan berkahwin sekarang adalah 20-25 tahun. Jadi tidak boleh kita mengukur sesuatu mengikut zaman sekarang sedangkan benda tersebut sudah berlaku beribu tahun lepas. Oleh itu tidak boleh kita mengukur umur perkahwinan Muhammad dengan Aishah yang berumur sembilan tahun dengan zaman sekarang tetapi harus disesuaikan dengan budaya zaman itu.

2. Perkahwinan Muhammad pada masa tersebut tidak pernah ditentang oleh masyarakat zaman tersebut bahkan oleh orang-orang yang memusuhi beliau. Ini menunjukkan bahawa amalan tersebut suatu yang lazim pada masa tersebut tetapi tidak lazim pada zaman sekarang. Bahkan mengikut sejarah sebelum berkahwin dengan Muhammad Aishah sudah bertunang dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Ubai, ini menunjukkan amalan tersebut tidak bercanggah dengan amalan masa tersebut.

3. Perkahwinan Muhammad dengan Aishah dengan persetujuan ayah daripada Aishah iaitu Abu Bakar. Sekiranya amalan tersebut bercanggah maka Abu Bakar tidak akan membenrakan perkahwinan tersebut. Aishah adalah satu-satunya perempuan dara yang Muhammad kahwin sekiranya beliau pasti beliau akan mengahwini semua anak dara.

Monday, April 26, 2010

ADAKAH MANUSIA DICIPTA DARIPADA TANAH, AIR MANI ATAU AIR?

Terdapat salah faham tentang penciptaan manusia dalam Qur'an merujuk kepada ayat-ayat berikut :
1. Dan Dia pula yang menciptakan manusia daripada air, lalu dia jadikan keturunannya dan hubungan keluarga kerana perkahwinan dan adalah Tuhanmu maha Kuasa (Al-Furqaan 25;54).

2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu Kami jadikan ia mendengar dan melihat (Al-Insaan 76;2).

3. Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, sesuad itu ditentukannya ajal (kematiannya), dan ada lagi suatu ajal (kebangkitan) yang ada pada sisi-Nya, kemudian kamu masih ragu-ragu (Al-An'aam 6;2).

Daripada ketiga ayat di atas maka terdapat suatu percanggahan tentang material penciptaan manusia oleh Allah iaitu tanah, air mani ataupun air. Kalau dikaji secara teliti sebetulnya ketiga ayat di atas menerangkan tentang penciptaan manusia pada tiga keadaan yang berbeza.

Ayat 1 menceritakan bahawa Allah menciptakan manusia daripada air, ini adalah sesuai dengan sains moden yang membuktikan bahawa 78 bahagian tubuh manusia terdiri daripada air. Maka ayat tersebut tidak bercanggah dengan sain. Manakala ayat 2 menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada air mani (Sperma), ini juga telah terbukti bahawa percantuman mani lelaki (sperma) denagan mani perempuan (ovarium) akan menghasilkan zigot yang akan berkembang menjadi bayi.

Ayat ke tiga pula menerangkan tentang penciptaan manusia pertama di dunia iaitu Adam daripada tanah seperti dilaporkan dalam Qur'an. Jadi tidak ada percanggahan dalam penciptaan manusia dalam Qur'an sebab fokus daripada ayat tersebut adalah berbeza.

Sunday, April 25, 2010

ADAKAH SATU HARI 1000 ATAU 50000 TAHUN AKHIRAT?

Ramai yang menuduh Qur'an tidak konsisiten dalam memberikan fakta sehingga saling bercanggah antara satu ayat dengan ayat lainnya seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :

1. Satu hari adalah seribu tahun akhirat

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan pernah ingkar janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuahmu adalah seperti seribu tahun mengikut perhitunganmu (Al-Hajj 22;47)

Dia mengatur urusan daripada langit sampai ke bumi, kemudian urusan tersebut naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadar lamanya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu (As-Sajdah 32;5)

2. Satu hari adalah lima puluh lima tahun akhirat

Malaikat-malaikat dan jibril naik menghadap Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun (Al-Ma'arij 70;4)


Sesungguhnya tidak terdapat percanggahan antara ayat-ayat di atas sebab sepuluh tahun yang di maksudkan dalam ayat satu dan dua adalah menceritakan kisah yang berbeza dengan ayat yang ketiga. Dalam menilai sesuatu perkara maka anda kena kaji peristiwa dan keadaan sesuatu berlaku supaya tidak salah faham.

LANGIT DAN BUMI DICIPTA DALAM 6 ATAU 8 HARI?

Kenapa dalam Qur'an terdapat ayat-ayat yang bercanggah? Satu ayat menyatakan langit dan bumi diciptakan dalam 6 hari tetapi dalam ayat yang lain pula dalam 8 hari, mana satu yang betul?

1. Langit dan bumi diciptakan dalam enam hari.

Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari...(Al-A'raaf 7;54, Yunus 10;3)

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (huud 11;7)

Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari... (Al-Furqaan 25;59)

Daripada ayat-ayat di atas dengan jelas diceritakan bahawa langit dan bumi diciptakan dalam enam hari tetapi dalam ayat di bawah ini diceritakan bahwa langit dan bumi diciptakan dalam 8 hari.

2. Langit dan bumi diciptakan dalam 8 hari
Katakanlah sesungguhnya patutkan kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu baginya? Demikian itulah Tuhan semesta alam. Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya gunung ganang dalam masa empat hari, penjelasan bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawap kami datang dengan suka hati. Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mnengetahui (Fushshilat 41;9-12).

Ayat di atas menyatakan bahawa bumi diciptakan dalam dua hari kemudian diciptakan gunung ganang dalam empat hari kemudian diciptakan langit pula dalam dua hari maka keseluruan penciptaan langit dan bumi adalah delapan hari.

Sebetulnya orang yang memahami bahasa Arab bahawa mereka akan faham bahawa ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah menciptakan bumi adalah dua hari dan menciptakan gunung ganang dalam masa empat hari dan dalam masa yang sama Allah menciptakan langit. Ini bukan bermakna Allah menciptakan langit dan bumi beserta isisnya dalam lapan hari tetapi tetapa dalam enam hari.

Saturday, April 17, 2010

ISLAM ADALAH AGAMA KEDAMAIAN

1. Makna Islam membawa kedamaian.
Islam adalah patuh dan menyerah diri sepenuhnya kepada perintah Allah. Secara terminologi pula Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna aman, damai dan harmoni. Allah mempunyai sifat As-salam bermakna membawa kedamaian. Orang yang beriman kepada Allah dan mengamalkan perintahnya disebut Muslim. Muslim adalah membawa kedamaian kepada dirinya sendiri dan juga kepada masyarakat sera alam semesta. Ini sesuai dengan Hadith Nabi Muhammad seperti di bawah ini :

Seorang muslim adalah seseorang yang daripada tangan dan lidahnya semua orang akan menikmati keamanan dan kedamaian/keselamatan (dilaporkan dalam Sahih Bukhari).

2. Memberi salam adalah lambang kedamaian
Amalan memberi salam dalam islam adalah mendoakan kedamaian atau kesejahteraan kepada saudaranya. Ini menunjukkan islam membawa kedamaian kepada sesama manusia dan juga alam sekitarnya.

3. Islam membawa kedamaian kepada semua manusia.
Muslim juga sentiasa menghormati sesama manusia adakah muslim atau bukan Muslim. Ini dilaporkan dalam Hadiht di bawah :

Muhammad berdiri memberi penghormatan ketika rombongan membawa mayat seorang yahudi. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bukankah dia orang yahudi? Rasulullah menjawab: bukankah dia juga manusia?

Daripada hadith di atas ayat yang berbunyi "bukankah dia juga manusia" menunjukkan Islam adalah agama yang membawa kedamaian kepada kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Maka muslim yang baik akan menghormati dan menghargai serta membina hubungan baik dengan semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

4. Islam membawa kedamaian kepada Alam sejagat.
Bahkan dalam Hadith yang lain dilaporkan :

Sahabat bertanya kepada Muhammad : Bolehkah kami memberi bantuan kepada orang yahudi? Boleh, bukankah mereka juga makhluk Allah dan Allah akan menerima sedekah kita, Muhammad menjawab sambil memuji sifat sahabat tersebut.

Hadith di atas menyatakan bahawa muslim dituntut untuk membawa kedamaian bukan hanya kepada manusia sahaja bahkan juga kepada seluruh alam. Tidak ada halangan yang menghadkan hubungan muslim dengan orang yang berbeza agama, budaya dan status sosial, bahkan kita tidak boleh berlaku tidak adil kepada orang lain hanya disebabkan perbezaan agama seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

Janganlah disebabkan kebencian kamu kepada suatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka

5. Islam adalah suka memaafkan kesilapan orang lain.
Sebuah kisah dilaporkan dalam sebuah hadith :

Setiap pagi Muhammad melalui sebatang jalan, dalam perjalanan beliau dileparkan kotoran oleh seorang Yahudi dan juga dimaki hamunnya beliau. Pada suatu hari beliau amat terkejut kerana tidak ada orang yang melempar kotoran ke atas beliau sehingga beliau bertanya kepada jiran Yahudi tersebut. Beliau dimaklumkan bahawa Yahudi tersebut sakit, maka beliau bersegeralah melawat Yahudi tersebut. Alangkah terkejutnya yahudi tersbeut sebab orang yang pertama melawatnya keitka dia sakit adalah orang yang selalu dia lemparkan kotoran. Dengan hati bergetar yahudi tersebut berkata budi pekertimu mencerminkan akhlak nabi. Maka aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah.

6. Islam agama toleransi kepada penganut agama lain.
Dalam hadith yang lain dilaporkan :

Pada suatu hari 60 nasrani tiba di Madinah, pada waktu ashar mereka masuk ke Masjid Nabawi tempat beliau berada, mereka menunaikan sembahyang di dalam masjid. Beliau bersabda biarkan mereka menghadap ke arah timur untuk menunaikan sembahyangnya.

Hadith di atas menunjukkan Islam begitu toleransi kepada penganut agama lain, islam menggalakkan kedamaian. Masyarakat bukan islam boleh hidup damai di negara-negara yang mengamalkan Islam bahkan zaman Rasulullah dan sesudahnya masyarakat bukan Islam hidup damai di negara-negara islam.

7. Islam menggantikan kejahatan dengan kebaikan selepas bertaubat.
Bahkan kedamaian dan keselamatan dalam islam dinyatakan oleh Allah dalam ayat di bawah ini :

Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan (Al-Furqaan 25;70).

Ayat di atas menerangkan bahawa sesiapa yang bertaubat daripada kejahatan dengan meninggalkan kesesatan dan menuju kepada kebajikan. Maka semua dosa yang pernah dialakukan sebelum islam Allah akan tukarkan kepada kebajikan. Jadi Islam tidak pernah melihat apa yang pernah dilakukan seseorang selepas dia bertaubat, sebab Allah maha pengasih dan penyayang.

8. Islam agama keberuntungan
Islam menggalakkan manusia untuk berbuat baik tanpa mengira budaya dan agama. Setiap kebaikan Allah akan membalas dengan 700 kali ganda untuk menggalakkan umatnya berbuat baik. Di zaman teknologi dan materialistik semua orang mahu keuntungan, maka Islam menjanjikan keuntungan yang hakiki yang tidak mungkin diberi oleh apa2 perniagaan sekalipun.

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jaaln Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya (As-Shaff 61;10-11).

Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir menghasilkan seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha luas kurnia-Nya lagi maha mengetahui (Al-Baqarah 2;261).

Adakah perniagaan di dunia ini yang dapat mendatangkan keuntungan berlipat ganda seperti Allah janjikan bagi orang-orang yang beriman (Islam)? Setiap orang berniaga untuk mendapatkan keuntungan tetapi keuntungan yang Allah janjikan tidak ada taranya. Kenapa kita tidak menyahut cabaran tersebut? Sekiranya kita berminat maka berimanlah kepada Allah dan arihlah keuntungan tersebut.

Thursday, April 15, 2010

ADAKAH MUHAMMAD UTUSAN ALLAH?

Ayat-ayat Qur'an menerangkan mengenai pelantikan Muhammad sebagai utusan atau rasul Allah.
Demikian kami telah menjadikan umat Islam, umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Muhammad (utusan Allah) menjadi saksi atas perbuatan kamu...(Al-Baqarah 2;143).
Ayat di atas dengan jelas menyatakan Muhammad adalah utusan Allah, bahkan dalam ayat seterusnya disahihkan lagi bahasa Muhammad siutus bukan hanya kepada bangsa Arab sahaja bahkan kepada seluruh alam.
Kami tidak mengutus Muhammad, melainkan kepada manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya (Saba' 34;28).
Allah telah melantik Muhammad menjadi rasulnya di dunia untuk menyampaikan berita gembeira daripada Allah dan juga memberi peringatan.
Katakanlah wahai Muhammad: Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu semua dengan wahyu dan tidaklah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan (Al-Anbiyaa' 21;45).
Allah telah menganugerahkan Qur'an kepada Nabi Muhammad untuk menjadi pedoman manusia dalam menjalankan tugasnya di dunia ini sebagai khlaifah Allah seperti diterangkna dalam ayat di bawah.
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Qur'an kepada hamba-Nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (Al-Furqan 25;1).
Al-Qur'an adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar prang-orang yang berakal mengambil pelajaran (Ibrahim 14;52).
Sekiranya Muhammad bukan utusan Allah takkan Allah mewahyukan Al-Qur'an kepadanya selain bukti-bukti pelantikan beliau sebagai utusan Allah.

Wednesday, April 14, 2010

ADAKAH ISLAM KETINGGALAN ZAMAN?

Ramai yang menuduh agama Islam adalah agama yang ketinggalan zaman, sebab banyak negara Islam mundur dan rakyatnya miskin. Sebetulnya sangat tidak adil untuk menilai Islam dengan minilai umat atau negara Islam dimana diambil contoh negara-negara Islam yang mundur dan rakyatnya miskin dan menafikan negara-negara Islam yang moden dan rakyatnya makmur. Kemunduran atau kecemerlangan dalam Islam bukan dilihat daripada segi material semata tetapi mempunyai satu sukatan tertentu seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :
Sesungguhnya nikmat kesenangan syurga adalah sebenar-benar kemenangan yang besar (As-Shaaffaat 37).
Dalam masa yang sama apabila melihat negara bukan Islam adalah diambil contoh negara kristian atau agama lainnya yang maju dengan menafikan negara-negara yang mundur. Sebagai contoh apabila menilai negara islam maka akan dirujuk negara somalia, Afganistan dan Iraq yang mundur dan rakyatnya miskin disebabkan peperangan yang berterusan. Sedangkan terdapat negara Islam yang maju dan makmur seperti Saudi Arabia, Malaysia dan Brunai Darussalam.
Begitu sebaliknya apabila merujuk negara kristian maka akan dirujuk negara Eropah yang maju dan menafikan negara-negara kristian yang mundur seperti Filipina,dan negara Afrika. Bagitu juga negara Budha maka akan dirujuk negara Hong Kong dan Singapura dengan menafikan Thailand dan kamboja. Dalam meinlai negara Hindu pula akan dirujuk Bombai dengan menafikan Bangladesh.
Sebenranya Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya untuk maju dan berjaya. Buktinya sains yang ada dalam Qur'an selaras dengan sains moden hari ini, padahal masa Islam turun belum ada teknologi secanggih hari ini tetapi Islam telah mencapai kejayaan tersebut. Kemudian Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan seperti disebutkan dalam laungan azan :

Haiya lah Shalah ....Mari menuju kejayaan.

Tidak dinafikan ada sesetangah masyarakat atau negara Islam yang mundur itu sebab mereka tidak mahu mengamalkan ajaran islam bukan disebabkan oleh ajaran Islam. Bahkan umat islam yang mengamalakan Islam secara menyeluruh lebih berjaya. Begitu juga agama lain juga mempunayi umatnya nyang mundur dan tidak berjaya. Islam cukup menggalakkan kemenangan seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka (Ar-Ra'ad 13;11).
Sungguhpun demikian umat Islam tidak akan berubah selagi mereka tidak mahu berusaha untuk merubahnya. Allah memberikan peluang yang sama untuk berjaya adakah Muslim atau bukan Muslim dengan syarat berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Sungguhpun demikian Allah telah melantik umat islam sebagai umat yang terbaik seperti disebutkan dalam ayat di bawah :
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu mengajak kepada berbuat baik, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali-Imran 3;110).

Tuesday, April 13, 2010

KENAPA ISLAM BENARKAN SUAMI MEMUKUL ISTERI?

Ramai yang salah faham maksud ayat kebenaran memukul isteri, bukan bermakna sumai boleh meukul isteri sesuka hati tanpa alasan dan panduan. Mengikut Surah An-Nisa 4;34 seperti di bawah :
Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan lelaki atas perempuan; dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Oleh itu perempuan shaleh ialah perempuan yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah, kerana Allah telah memelihara mereka. Perempuan yang kamu curigai nusyuz (melanggar perintah Allah) maka nasehatilah mereka dan pisahkan tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menta'atimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya (An-Nisaa' 4;34).

Kebenaran memukul isteri yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah untuk memberi pengajarn kepada isteri-isteri yang nusyuz (melanggar perintah Allah). Sungguhpun demikian, memukul adalah pilihan terakhir selepas diajar dengan cara yang lebih baik iatu menasihatinya. Sekiranya nasihat juga tidak memberi kesan kepada tindakan nusyuz isteri maka Islam perintahkan untuk memisahkan tempat tidur daripada mereka. Amalan ini juga tidak memberi kesan kepada isteri maka Islam membenarkan untuk memukulnya tetapi bukan untuk mencederkan isteri hanya setakat memberi pengajaran sahaja.

Sekiranya memukul tidak dapat juga memberi pengajaran kepada Isteri maka Islam memerintah untuk melantik utusan daripada keluarga lelaki dan perempuan seperti tersebut dalam ayat di bawah :

Dan jika kamu khawatirka perselisihan di antara keduanya, maka lantiklah utusan daripada pihak lelaki dan perempuan. Jika kedua utusan tersebut bertujuan untuk mengadakan perbaikan, maka Allah memberi taufiq kepada suami ister tersebut (An-Nisaa' 4;35).

Monday, April 12, 2010

KENAPA NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG ?

Ramai orang menuduh negara Islam suka berperang, di mana-mana negara Islam ada peperangan. Sungguhpun demikian itu hanyalah tuduhan tidak berasas, kerana peperangan yang berlaku di negara-negara Islam adalah sebab negara Islam dijajah atau diceroboh oleh negara lain. Islam tidak membenarkan pembunuhan tanpa alasan yang patut seperti diterangkan dalam ayat di bawah :

Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan yang membolehkannya membunuh orang tersebut, atau melakukan kerosakan di bumi, maka seoalah0olah dia telah membunuh manusia semuanya (Al-Ma'idah 5;32).

Mengikut ayat di atas jelas bahawa Islam tidak membenarkan peperangan, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk berbuat baik kepada bukan Islam selagi tidak memusuhi umat Islam seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengusir kamu dari kampungmu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil (Al-Mumtahanah 60;8).

Belum ada satu negara Islampun yang menceroboh negara lain, yang ada negara Islam diceroboh oleh negara lain maka sebagai bangsa yang berdaulat maka wajib mempertahankan diri. Ini selaras dengan peringatan Allah dalam ayat di bawah :

Dan perangilah orang-orang yang memerangi kamu kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan; kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang memulakan peperangan (Al-Baqarah 2;190).

Dalam ayat di atas Islam hanya membenarkan berperang untuk menegakkan dan mempertahankan agama kalau diserang oleh negara lain. Islam dilarang keras untuk menceroboh negara lain atas alasan apapun, sekalipun untuk menyebarkan Islam sekiranya negara tersebut tidak memulakan peperangan. Dalam peperangan pun Islam telah mengatur sistem peperangan seperti tersebut dalam ayat di bawah :

Kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka berat memerangi kamu atau memerangi kaumnya (An-Nisa 4;90).

Bahkan dalam peperanganpun Islam mengharamkan membunuh orang-orang yang tidak terlibat dalam peperangan seperti perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua, peniaga di pasar, atau petani di ladang.

Bukan negara Islam sahaja, bahkan semua negara akan melakukan hal yang sama sekiranya diceroboh untuk tujuan penjajahan. Sebagai contoh pada suatu hari rumah anda dimasuki perompak, mereka merompak semua barang kemas dan duit anda kemudian merogol anak perempuan dan isteri anda. Apakah yang anda akan lakukan? Adakah maafkan perompak tersebut? Atau berbincang dengan perompak? Ataupun biarkan mereka rompak je nanti duit itu anda boleh cari semula?

Sebagai orang yang sihat akal dan mempunyai maruah maka anda akan cuba melindungi isteri dan anak-anak anda serta mempertahankan harta benda anda setakat yang mampu. Begitu juga semasa Malaysia dijajah oleh Britain dulu, semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Bahkan orang yang terkorban dianggap sebagai hero atau pahlawan, begitu juga halnya negara-negara Islam.

Apabila negara-negara Islam diserang oleh musuh untuk dijajah seperti Iraq, Afghanistan dan Chechen. Maka rakyatnya akan melakukan perlawanan sungguhpun akan mengakibatkan kehancuran dan korban semata-mata untuk mendapatkan semula kemerdekaan dan mempertahankan maruah sebagai sebuah negara yang berdaulat. Islam tidak pernah menggalakkan berperang dengan menyerang negara lain tetapi sekiranya diserang maka wajib mempertahankan diri.

Sunday, April 11, 2010

KENAPA DALAM SHALAT PEREMPUAN BERDIRI DI BELAKANG?

Kenapa dalam sembahyang di Masjid atau surau perempuan berdiri di bahagian belakang? Di tempat yang disorokkan pulak dengan ditutupi dengan tirai, kenapa perempuan dalam Islam sentiasa ditindas? Soalan seperti ini biasanya timbul di kalangan orang bukan Islam.
Memang dalam sembahyang Jama'ah atau bersama di Masjid atau surau perempuan berdiri di bahagian belakang. Ini bukan bermakna Islam menindas perempuan bahkan islam berusaha meletakkan perempuan pada tempat yang mulia. Kenapa islam berbuat demikiannya? Jawapannya sebab perempuan sangat kuat dan lelaki sangat lemah. Perempuan merupakan perhatian bagi lelaki, sekiranya perempuan berdiri di bahagian depan maka di khawatirkan akan merosakkan fokus dalam sembahyang terutama bagi lelaki.
Tidak boleh dinafikan secara normal lelaki mempunyai nafsu kepada perempuan, adakah lelaki yang baik atau buruk, adakah di tempat ibadat atau di pasar. Sekiranya perempuan berdiri di depan lelaki dalam sembahyang maka berapa peratus lelaki yang boleh kusyuk (fokus)? Cuba kita bayangkan setiap gerakan dalam sembahyang maka mata lelaki akan tertumpu kepada perempuan yang ada di hadapannya. Maka setiap kali sembahyang lelaki harus sujud sahwi (sujud tambahan kerana terlupa jumlah raka'at). Oleh sebab itu islam memudahkan umatnya dalam segala perkara termasuk juga dalam beribadat kepada pencipta.
Manakala kenapa barisan perempuan sentiasa di tempat tertutup? Ini adalah budaya tempatan sebab di negara lain bahagian perempuan tidak pernah dihalang oleh tirai atau langsir. Ini mungkin untuk memudahkan, tetapi ini tidak bermakna bahagian bagi perempuan harus tersorok, tidak bersih serta tidak selesa. Ini adalah kelemahan masyarakat Islam tempatan dalam pengurusan bukan ajaran islam sebab Islam sangat pentingkan kebersihan.

Tuesday, April 6, 2010

KENAPA PEREMPUAN PERLU MEMBAWA 4 SAKSI?

Sungguh tidak masuk akal, seorang yang dirogol perlu mendatangkan empat orang saksi untuk membela diri??? Sebetulnya ini adalah salah faham di kalangan orang Islam dan bukan Islam, sebetulnya rogol tidak ada di dalam bahasa arab. Rogol disebut juga sevagai zina bin jabbal, oleh itu ulama telah mensabitkan hukuman rogol dengan hukum zina. Dalam kes zina maka perlu mendatangkan empat orang saksi seperti disebutkan dalam ayat di bawah :

Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu 80 kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya (An-Nur 24;4).

Sedangkan kes rogol tidak sama dengan kes zina, sebab rogol dilakukan secara paksa manakala zina adalah dilakukan atas kerelaan kedua pihak. Oleh itu hukum yang dikenakan kepada perempuan yang berzina berbeza dengan perempuan yang dirogol.


Merujuk kepada sejarah pada zaman Rasulullah, pada suatu subuh seorang perempuan bernama Maria (nama samaran) telah pergi ke Masjid. Dalam perjalanan Kaltum telah dirogol oleh seorang lelaki bernama Jacob (nama samaran), Maria minta tolong dan kemudian Amin (nama samaran) mengejar Jacob ke arah timur.


Pagi semakin cerah dan ramai jemaah datang dan melihat Maria sedang menangis dan bertanya. Maria menceritakan beliau telah dirogol oleh seorang lelaki dan lelaki tersebut lari ke arah timur. Semua mereka mengejar perogol ke arah timur dan akhirnya mereka berjumpa dengan Amin dan menangkap Amin dan bawa ke mahkamah.


Maria dan Amin di bawa ke mahkamah, Hakim bertanya kepada Maria : Adakah Amin yang telah merogol kamu? Perhatian : Hakim tidak meminta Maria untuk membawa empat orang saksi, bahkan Maria sendiri yang menjadi saksi. Disebabkan rasa takut masa kejadian rogol dan hari masih gelap sehingga Maria tidak cam muka perogol tersebut. Maria menjawap Ya. Hakim bertanya sampai tiga kali dan Maria memberi jawapan yang sama.


Dalam Islam perundangan adalah keadilan, maka Amin diberi peluang untuk membela diri, Hakimpun bertanya kepada Amin. Adakah kamu telah merogol Maria? Amin senyap tidak memberikan sebarang jawapan. Hakim mengulangi sampai tiga kali dan Amin tetap tidak memberikan sebarang jawapan sehingga Hakim putuskan hukum bahawa Amin telah merogol Maria dan dihukum.


Rupanya Jacob menyaksikan persidangan tersebut, disebabkan keinsafan dan rasa bersalah atas apa yang berlaku akhirnya Jacob mengangkat tangan dan mengaku dialah yang telah merogol Maria. Dalam kes rogol di atas tidak dituntutpun Maria untuk mendatangkan empat orang saksi, bahkan beliau sendiri yang menjadi saksi dalam kes tersebut.