Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, July 29, 2009

JIHAD DI DALAM ISLAM

Hari ini timbul isu kononnya dalam Islam ada Holywar yang dialih bahasakan daripada kata Jihad. Padahal Jihad bukanlah holywar seperti yang diwar-warkan oleh media barat.
Merujuk kamus dewan, Jihad adalah usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah ataupun perlawanan terhadap unsur-unsur yang merosakkan negara seperti melawan hawa nafsu, menentang rejim diktator. Seorang pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang, orang miskin berusaha untuk merubah nasib ke tahap yang lebih baik, inilah jihad dalam Islam.


Tetapi hari ini jihad telah disempitkan makna oleh media barat kepada perang sahaja, memang dalam islam dibenarkan berperang untuk melawan kezaliman sekiranya umat Islam diserang oleh tentera bukan Islam, jihad adalah mempertahankan diri. Dalam Islam berperang telah diatur syarat-syaratnya seperti kata-kata Nabi Muhammad


Janganlah kamu membunuh anak-anak, wanita, lelaki yang lemah dan musuh yang telah menyerah kalah (Hadith)

Islam tidak menyuruh umatnya untuk menyerang bangsa lain, sebagai contoh perang di Palestin. Umat islam di Palestin telah dihentam teruk oleh Rudal-rudal Israel maka umat Islam di Palestin wajib mempertahankan diri, tanah air dan maruah umat Islam. Dalam Islam wajib hukumnya mempertahankan tanah air daripada dirampas orang lain, mempertahankan harta benda dan maruah diri.


Semua bangsapun akan melakukan hal yang sama sekiranya dalam keadaan seperti di palestin, sebagai manusia yang mempunyai perasaan dan maruah diri tidak akan membiarkan bangsa seagama dizalimi. Bahkan kita tidak akan sanggup membiarkan manusia yang berbeza agamapun dizalimi, hari ini semua nampak apa yang berlaku di palestin. Bahkan orang-orang bukan Islam di Barat dan Eropah juga Asia mengutuk kezaliman Israel terhadap rakyat palestin.

Sebagai contoh sekiranya rumah saya dimasuki perompak maka saya akan berusaha untuk menghalau perompak tersebut dan melindungi harta daripada dirampas oleh perompak, melindungai anak dan isteri daripada dirogol oleh perompak. Bukan hanya Muslim, semua manusia berakal sihat akan melakukan hal yang sama. Inilah yang dimaksudkan dengan Jihad dalam Islam.


Islam tidak pernah menyuruh umatnya untuk menyerang agama atau bangsa lain tetapi kalau diserang jangan sekali-kali melarikan diri tetapi harus mempertahankan diri, kalau mati dalam mempertahankan diri maka dia dianggap sebagai hero ataupun pahlawan. Islam juga melarang membunuh tanpa sebab yang dibenarakan oleh undang-undang seperti disebutkan dalam ayat di bawah :



"Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebab yang benar" (Al-An'am 6;151).

MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA MELARANG PENGGUNAAN "ALLAH" DALAM ALKITAB ATAU SURAT KABAR HARIAN KRISTIAN?

Isu utama sebetulnya salah faham makna Tuhan dan Allah, ada yang menganggap bahawa Allah dengan Tuhan mempunyai makna yang sama padahal Allah dan Tuhan mempunyai makna yang berbeza. Mengikut Kamus Dewan :

Tuhan adalah sesuatu yang dipuja oleh manusia yang beragama seperti dewa dan sebagainya, manakala Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa ataupun tuhan yang Esa. Kata Allah itu digunakan khas dalam agama Islam yang mempunyai sifat utamanya merujuk kepada surat Al-Ikhlas 112;1-4 iaitu Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada dilahirkan dan tiada pula melahirkan, dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai atau setara dengan Dia".

Sekiranya bukan Islam faham perbezaan Tuhan dan Allah maka tidak ada isu bukan Islam menuntut penggunaan Allah dalam Al-Kitab atau surat khabar harian kristian Herald Newsweekly. Kerajaan Malaysia menyekat penggunaan kata Allah dalam Al-Kitab dan Surat Khabar Harian Kristian kerana Malaysia mengguna pakai pandangan pakar Islam yang mengatakan haram menggunakan kata Allah selain bagi Umat Islam. Ada beberapa sebab pengharaman tersebut antara lain :

1. Lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Esa sebagaimana Firman Allah dalam Suratul Ikhlas 112:1-2 :

Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada dilahirkan dan tiada pula melahirkan, dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai atau setara dengan Dia" (Al-Ikhlas 112;1-2).

2. Muhammad memperjelaskan sifat-sifat Allah daripada tuduhan orang-orang Yahudi dan Nasrani seperti Firman Allah dalam Qur'an :

Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu anak Allah" dan orang Nasrani berkata: "Al Masih itu anak Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu (At-Taubah 9;30).

3. Sebenarnya lafaz Allah juga tidak pernah wujud dalam bahasa asal penulisan Kitab Taurat dan Bible. Kitab Taurat ditulis dalam bahasa Ibrani (Hebrew) manakala kitab Bible pula ditulis dalam bahasa Greek (Yunani). Dalam bahasa Ibrani lafaz Tuhan disebut Elohim atau Elia dan Adonoi dapat dirujuk dalam Bible Matt 27; 45-50 :

Pada tengahari selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul 3 petang, Yesus berseru dengan suara lantang "Eli, Eli lama Sabaktani?" (Allah, Allah mengapa Engkau Tinggalkan aku?) beberapa orang di situ mendengar seruan Yesus lalu berkata: "Dia memanggil Elia." Seorang daripada mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus. Tetapi orang lain berkata: "Tunggu, mari kita lihat mungkin Elia datang menyelamatkan dia. Kemudian Yesus berseru lagi dengan suara nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya (Matt 27;45-50).

Di ayat yang lain lafaz Elia juga disebutkan, sila rujuk Mark 15;33-37 :
Pada tengahari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul 3 petang, Yesus berseru dengan suara lantang "Eloi, Eloi lama Sabaktani?" yang bermakna (Ya Allah, Allah mengapa Engkau meninggalkan aku?). beberapa orang di situ mendengar seruan Yesus lalu berkata: "Dia memanggil Elia." Seorang daripada mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus. Tetapi orang lain berkata: "Tunggu, mari kita lihat mungkin Elia datang menyelamatkan dia. Kemudian Yesus berseru lagi dengan suara nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya (Mark 15;33-37).

Dalam bahasa Greek (Yunani) pun tidak terdapat lafaz Allah. Lafaz Tuhan dalam bahasa Greek disebut Theos, kalau Tuhan sebenar yang mereka sembah disebut juga Hotheos, manakala Tuhan yang tidak sebenar disebut Tontheos.
Penggunaan Allah dalam Bible dan Surat Khabar Harian kristian dikhawatirkan akan mengelirukan umat Islam terutama remaja dan anak-anak Islam yang belum mempunyai asas Islam yang kuat, sekiranya mereka terbaca Al-Kitab atau surat khabar agama kristian apa akan berlaku? Pernah tak umat kristian berfikir apa yang akan berlaku sekiranya semua bible yang menggunakan GOD ditukar kepada ALLAH? Adakah akan mengelirukan umat kristian? Untuk menjaga keharmonian masyarakat Majemuk di Malaysia kerajaan mengambil jalan berhati-hati dengan menyekat penggunaan Allah dalam Al-Kitab dan Surat Kabar Harian Kristian Herald Newsweekly.

4. Hujah yang menyatakan bahawa Lafaz Allah terdapat dalam Al-Kitab (Bible terjemahan bahasa Melayu) dan juga Al-Kitab Al-Muqaddas (bibel terjemahan bahasa Arab) ditolak kerana kerana lafaz Allah yang digunakan dalam kedua Bible tersebut merujuk kepada akidah Triniti (tiga dalam satu) iaitu Bapa di syurga (Allah), Nabi Isa (Yesus) adalah anak Allah dan Ruhul Qudus. Manakala penggunaan dalam Bible bahasa Arab adalah semata-mata penterjemahan dan penggunaan secara warisan sahaja tanpa difahami makna sebenar lafaz Allah.
5. Disamping itu untuk menjaga kesucian lafaz Allah dan sifatnya kerana orang kristian mempunyai fahaman tentang lafaz Allah sangat berbeza dengan kefahaman umat Islam. Dalam Al-Kitab dan Herald News Weekly Allah merujuk kepada Yesus berbeza dengan Allah yang diterangkan dalam Qur'an dalam Suratul Ikhlas 112;1-4.

6. Perlu difahami lafaz Allah mempunyai partikel "al" iaitu "al-ilah" yang merujuk The Only God (Keesaan). Bahkan penulis buku The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization iaitu Marshall G.S. Hodgson menolak penggunaan lafaz Allah bagi penganut Kristian kerana lafaz Allah yang digunakan oleh Muslim yang berbahasa Inggeris merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja.

7. Kerajaan menilai ada usaha dari umat kristian untuk menyebarkan agama kristian di kalangan melayu dengan keinginan umat kritian untuk menggunakan kata Allah dalam Al-kitab atau surat Khabar berbahasa Melayu atau Indonesia sahaja. Kenapa Bible berbahasa Inggeris atau bahasa lain tidak menggunakan kata Allah juga? Ada alasan alih bahasa God kepada bahasa Melayu menjadi Allah, padahal GOD dialih bahasa menjadi Tuhan sedangkan Allah bukan bahasa Melayu tetapi bahasa Arab. Kenapa tiba-tiba umat kristian ingin menggunakan kata Allah dalam Al-Kitab dan surat khabar umat kristian? Maka kerajaan mengharamkan penggunaan kata Allah dalam Al-Kitab dan surat khabar umat kristian.

Bahkan Cendikiawan Kristian sendiri berselisih faham dalam hal penggunaan lafaz Allah, pada Ogos 2007 Tiny Musken menyeru penganut kristian untuk menggunakan kalimah "Allah".

a. Seruan tersebut telah dibantah oleh penganut Kristian Protestan dan Roman Katholik, Presiden Liga Katholik bagi Hak Agama dan Sivil telah membantahnya :

"Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to Allah all he wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It's not good sign when members of the catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion."

b. Pengerusi General Synod of Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak cadangan Muskens dengan berkata:

I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this Maneuver"
c. Izzat Andrews (Penganut Kristian Koptik di Mesir) melalui artikel beliau berbahasa Arab yang bermakna Allah bukan Tuhan Agama Kristian dan Yahudi katanya :

Kalimah Allah hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyah merujuk kepada Tuhan Bulan. Ia tidak pernah wujud dalam kitab Suci Yahudi dan Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian adalah Elohim.

Kalau di kalangan cendikiawan Kristian sendiri terjadi perbalahan tentang penggunaan kalimah Allah. Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia beriya-iya sangat mahu menggunakannya dalam Al-Kitab dan Surat Khabar harian Kristian?.....

MENGAPA ISLAM TAK GALAKKAN MEMELIHARA ANJING?

Merujuk kepada Al-Qur'an dan hadis tidak ada satu ayat pun dalam Qur'an atau hadis yang mengajarkan umat Islam untuk membenci anjing. Bahkan tidak ada satu ayatpun dalam Al-Quran dan Hadis yang melarang untuk memelihara anjing sekiranya ada kepentingan. Islam tidak menggalakkan memelihara anjing jika sekadar suka-suka. Rasulullah hanya pesan Muhammad (Hadis) yang melarang menyentuh air liur anjing, sekiranya barang dijilat oleh anjing maka perlu disamak tetapi tidak pernah Islam mengajarkan untuk membenci anjing.

Ini berdasarkan Hadis Muhammad :
Sekiranya barangan dijilat oleh anjing maka basuhlah dengan air sebanyak tujuh kali (Sahih Muslim).

Mungkin itu hanya budaya orang melayu tidak memelihara anjing sejak dahulu lagi sebab kalau kita lihat di luar negara ramai juga muslim yang memelihara anjing tetapi dijaga supaya anjing tidak masuk ke dalam rumah sebab dikhuatirkan akan menjilat barangan rumah. Oleh sebab itu orang melayu tidak memelihara anjing di rumah untuk memudahkan penjagaan daripada dijilat oleh anjing.

Adapun sebab orang muslim tidak memelihara anjing atas beberapa alasan iaitu
1. Anjing adalah haiwan buas dan ganas, sungguhpun anjing sudah dipelihara bertahun-tahun dengan menjaga makanannya tetapi banyak kes tuan anjing digigit oleh anjing peliharaannya.

2. Anjing adalah haiwan yang kotor sebab air liurnya sentiasa menitis dari mulutnya dan lidahnya sentiasa terjulur sehingga akan menitis di merata tempat

3. Anjing adalah haiwan yang bising sehingga dapat menganggu kenyamanan jiran dan tuannya, anjing suka menjalak di tengah malam sehingga mengganggu jiran yang tidur.

4. Kos penjagaan anjing adalah tinggi termasuk makanan dan juga suntikan antibiotik untuk memastikan anjing tersebut tidak dijangkiti penyakit terutama virus.

Sains moden telah membuktikan bahawa dalam air liur anjing mengandungi bakteri yang dapat menyebabkan penyakit anjing gila, padahal sains masa kedatangan Muhammad tidak secanggih hari ini tetapi macamna beliau mengetahui semua ini. Ini menunjukkan bahawa Muhammad adalah utusan Allah sehingga apa yang beliau lakukan dan pesan adalah atas bimbingan dan petunjuk daripada Allah semata-mata.

Tuesday, July 28, 2009

ADAKAH YESUS KRISTIAN ATAU MUSLIM?

Kalau kita melihat dari bukti yang ditunjukkan oleh Bible, tidak ada satu ayatpun yang mengatakan bahawa Yesus beragama kristian sebab kristian itu sendiri wujud beberapa puluh tahun selepas ketiadaan Yesus. Sila rujuk ayat di bawah :

Apabila dia menjumpai Saulus di Tarsus, Barnabas membawa Saulus ke Antokhia, dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antokhia, pertama kali pengikut-pengikut Yesus disebut orang kristian (Act 11;26).

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa istilah kristian baru wujud selepas beberapa puluh tahun selepas ketiadaan Yesus, kalau kita lihat di ayat yang lain sebetulnya Yesus adalah beragama seperti agama Moses, sila rujuk ayat di bawah :

Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku (Matthew 5;17).

Ayat diatas menyatakan bahawa Yesus beragama sama seperti Musa dan nabi-nabi sebelumnya, sedangkan musa adalah muslim seperti tersebut dalam Qur'an surah Al-A’raf 126 :

Ya Tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim.

Muslim berasal daripada bahasa Arab Aslama maknanya melakukan segala sesuatu mengikut kehendah Allah semata, ini selaras dengan ayat di bawah ini :

“Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti kehendakku sendiri melainkan kehendak Allah yang mengutus ku” (JOHN 5:30).

Monday, July 27, 2009

ADAKAH ISLAM AGAMA BARU?

Apa makna Islam?
Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna sejahtera, harmoni, aman. Jadi Islam bermakna menyerah diri dan menyembah hanya kepada Allah semata-mata seperti dilaporkan dalam ayat Al-An'aam 6;162-163
Katakanlah : "Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah (Muslim).
Hari ini ramai menganggap Islam adalah agama baru yang di bawa oleh Muhammad. Padahal kalau dikaji Islam telah wujud semenjak zaman Adam lagi. Hal ini dapat dibuktikan seperti di bawah ini :
1. Adam adalah beragama Islam
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang (Al-Baqarah 2;37).
Ayat di atas menunjukkan Adam berserah diri dan menyembah hanya kepada Allah dengan bertaubat meminta ampun kepada Allah. Ini bermakna Adam adalah muslim.

1. Ibrahim, Ya'kub, Ismail, Ishak adalah Muslim
Ibrahim berpesan kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’kub. “Hai anak-anakku! Sungguh Allah telah memilih Islam bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam Islam”. Adakah kamu bersama Ya’kub menjelang maut, ia berpesan kepada anak-anaknya: Apa yang kamu sembah selepas aku mati?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya (Ali-Imran 3;132-133).

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa Abraham adalah muslim, begitu juga Jacob, Ishmael, Ishaq bahkan juga Moses dan Yesus yang dibuktikan oleh ajaran Tauhid yang diajarkan oleh Musa dan Isa adalah sama yang diajarkan oleh Nabi-nabi yang sebelum dan sesudahnya begitu juga Muhammad iaitu Sembahlah Tuhan yang satu.
Dalam ayat lain Allah telah membuktikan bahawa Islam hanya mengamalkan agama terdahulu seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:
Kemudian kami wahyukan kepada Muhammad : "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang sentiasa berpegang teguh kepada kebenaran" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (An-Nahl 14;123).
2. Yesus adalah Muslim
Yesus sendiri berkata, Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah Tuhan-Ku dan Tuhanmu. Sungguh sesiapa mensyirikkan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidak ada seorang penolongpun bagi orang-orang yang zalim itu (Al-Maidah 5;72)

Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Shama israelu adonoi ilahaini adonoi ahud maksudnya ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan yang Esa (Mark 12;29).
Dari kedua ayat di atas kita dapat melihat bahawa bahawa Yesus juga adalah mengajar Konsep ketuhanan yang sama dengan nabi-nabi sebelumnya dan Muhammad juga mengajarkan perkara yang sama.
3. Moses adalah Muslim
Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri (muslim)."
4. Nuh adalah Muslim
Jika kamu berpaling dari peringatan-Ku, Aku tidak meminta upah sedikit pun daripada mu. Upahku tidak lain hanyalah daripada Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri kepada-Nya(Muslim)".

AYAT DALAM ALQUR'AN YANG MENERANGKAN BAHAWA YESUS AKAN BANGKIT DAN MENGHAKIMI MANUSIA

Ayat yang dimaksudkan adalah “Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepada Isa sebelum kematiannya. Dan di hari Kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka (An-Nisa 4;158-159).

Ayat di atas menyatakan bahawa Yesus bukan menjadi hakim tetapi menjadi saksi kepada umatnya iaitu bangsa Israel sebab setiap nabi-nabi akan menjadi saksi kepada umatnya masing-masing. Mungkin ada juga yang menterjemahkan “Menjadi saksi” ditukar menjadi “Menghakimi”, sebetulnya bahasa arab mempunyai makna yang sangat luas jadi maksud ayat ini adalah Yesus akan menjadi saksi kepada pengikut-Nya sebab setiap umat telah dihantar nabi seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah An-Nahl ayat 36.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan: "Sembahlah Allah, dan janganlah Menyembah selain Allah", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan rasul-rasul Allah (An-Nahl ;36)

Dalam ayat ini diterangkan bahawa setiap umat telah dihantar nabi kepada mereka, jadi setiap nabi-nabi tersebut akan menjadi saksi bagi umat pada zaman Yesus hidup pada hari penghisaban.

Dalam bible sendiri juga telah diterangkan bahawa Yesus bukan menghakimi umat manusia tetapi menjadi saksi kepada pengikutnya seperti tersebut dalam buku “Malachi ayat 3;5:

Aku akan segera datang untuk menghakimi kamu. Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang-tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu. Orang yang berlaku curang dalam memberi gaji kepada pekerjanya, orang yang menindas balu, yatim piatu dan bangsa asing, serta terhadap semua orang yang tidak menghormati aku.

Ayat di atas jelas-jelas menyatakan bahawa Yesus akan menjadi Saksi di Hari kiamat bukan menjadi Hakim seperti yang dituduh oleh orang kristian. Sebetulnya ada banyak lagi ayat-ayat lain dalam bible yang menjawab tuduhan ini,

“Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti kehendakku sendiri melainkan kehendak Allah yang mengutus ku” (John 5;30).
Ayat ini dengan jelas telah menerangkan bahawa Apa yang Yesus lakukan hanya mengikut perintah dari Allah.

MENGAPA UMAT ISLAM MEMBACA “TUNJUKKILAH JALAN YANG BENAR”? ADAKAH BELUM ADA KEBENARAN DALAM ISLAM?

Yang dimaksudkan jalan yang lurus adalah Islam seperti tersebut dalam Al-Qur'an adalah :

Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, iaitu agama yang benar; agama Abraham yang lurus; dan Abraham bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik". Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam (Al-An'am 6;161-162).
Tunjukkilah kami jalan yang lurus adalah doa yang diajarkan oleh Tuhan kepada manusia melalui Muhammad, doa ini mengajarkan manusia supaya sentiasa ditetapkan dalam kebenaran sebab hati manusia cenderung untuk sentiasa lalai dan mengikut hawa nafsu sungguhpun manusia tahu benda itu tak baik tetapi tidak kuasa untuk meninggalkannya. Oleh, itu Tuhan mengajarkan makhluknya supaya sentiasa meminta petunjuk dari Tuhan pencipta.

Tuhan lebih memahami keadaan hati manusia yang sentiasa berbolak-balik, oleh itu Tuhan ajarkan doa ini. Sebagai contoh, Kereta Honda diciptakan oleh Syarikat HONDA maka HONDA lebih tahu tentang kereta Honda. Jadi HONDA membuat panduan penggunaan kereta Honda supaya pengguna dapat memanfaatkan untuk kemudahan. Di sini kita kena faham bahawa pengguna hanya tahu menggunakan sahaja tapi tidak pandai untuk menghasilkan kereta HONDA. Sungguhpun orang lain dapat meniru kereta dengan jenama yang lain tapi tidak akan sama 100% dengan kereta HONDA kan? Sama juga Tuhan lebih tahu tentang manusia sehingga Tuhan bagi panduan kepada manusia supaya memudahkan manusia dalam menjalani kehidupan dan menuju ke jalan yang diridhai-Nya.

Doa ini akan dibaca oleh umat Islam sebanyak 17 kali dalam sehari, bayangkan doa tersebut diulang-ulang sehingga peluang umat Islam untuk tersesat semakin kecil. Sebagai contoh, apabila kita mahu mengunjungi sebuah destinasi baru, apa yang akan kita lakukan adalah mendapatkan peta, semasa memulakan perjalanan kita akan pelajari dulu peta tersebut sampai betul-betul faham.
Sungguhpun kita sudah membaca dan memahami peta itu dengan jelas tapi dalam perjalanan kita akan sentiasa lihat peta tersebut berulangkali, sekiranya kita hanya lihat peta sekali sahaja maka peluang untuk kita tersesat adalah cukup besar. Oleh itu, kita harus melihat peta seberapa banyak yang mungkin untuk mengurangkan peluang kita sesat.
Sama juga dalam kes umat Islam membaca ayat “tunjukkanlah jalan yang benar” sehari 17 kali adalah untuk mengurangkan peluang sesat, hanya Tuhan sahaja yang dapat menyelamatkan Manusia daripada kesesatan.

Friday, July 24, 2009

APA PANDANGAN ISLAM TENTANG PENYALIBAN YESUS?

Yesus tidak beriman Yesus disalip tetapi Allah telah angkat Yesus ke langit dan digantikan dengan pengikut beliau yang membelot. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Kerana ucapan mereka: “Sungguh kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuh dan menyalibnya, tetapi yang mereka bunuh ialah orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sungguh orang-orang yang berselisih faham tentang pembunuhan Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuhnya. Mereka tidak yakin tentang siapa yang dibunuh, kecuali persangkaan belaka, mereka tidak yakin bahwa yang mereka bunuh adalah Isa (An-Nisa 4;).
Tetapi sebenarnya, Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepada Isa sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa akan menjadi saksi terhadap mereka (An-Nisa 4;158-159).

Ingatlah, ketika Allah berfirman: "Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya (Ali-Imran 3;55)".
Bahkan Biblepun melaporkan bahawa yang disalib bukan Yesus tetapi pengikutnya. Buktinya semasa hidupnya Yesus memanggil Tuhan Bapa tetapi kenapa semasa di salib tiba-tiba terdengar panggilan Elia, Elia maksudnya Tuhan-Ku. Ini membuktikan yang ditangkap dan disalip bukan Yesus tetepi pengikutnya.
Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, "Eli, Eli, lamasabakhtani?" yang berarti, "Ya Allah, ya Allah, mengapa Engkau tinggalkan Aku?" (Matthew 27;46; Mark 15;33-37)

APA PANDANGAN ISLAM TENTANG YESUS?

Yesus diterjemahkan daripada bahasa Hebrew atau Ibrani iaitu Esos dan Isa dalam bahasa Arab. Maknanya Yesus adalah Isa dalam agama Islam. Dalam Qur'an disebutkan bahawa Yesus hanyalah seorang Nabi sebagaiamana Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang lainnya ini dapat dirujuk dalam ayat di bawah ini :

1. Yesus hanya seorang utusan

Demikianlah kisah 'Isa, Kami membacakannya kepada kamu sebahagian bukti-bukti kerasulannya dan membacakan Al-Qur'an yang penuh hikmah (Al-Imran 3;58).

2. Yesus bukan anak Allah
Dan Dia tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan-Nya, dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan saiz dengan cukup rapi (Al-Furqan 25;2)
3. Yesus diutus kepada Bangsa Israel Sahaja.
Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya kenabian dan Kami jadikan dia sebagai bukti kekuasaan Allah untuk Bangsa Israel (Quran ALZUKHRUF 43;59).

Seorang Ahli Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Orang saduki bertanya kepada Yesus, “Perintah manakah yang paling utama diantara semua perintah?” Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan yang Esa (Mark 12:28-29).

Dari kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa Yesus di utus kepada Bangsa Israel sahaja. Kalau ayat dalam Qur'an AL-ZUKHRUF 43;59 memang jelas Yesus diutus untuk bangsa Israel, dalam Biblepun ayat tersebut menjelaskan bahawa Yesus memang sah diutus untuk bangsa Israel buktinya Yesus hanya sebut hai bani Isarel, ini menunjukkan Yesus diutus kepada bangsa Iarael kalau tak Yesus akan sebut wahai manusia.
Adakalanya ada yang menuduh bahawa Yesus adalah Tuhan mengikut keterangan dalam Qur'an kerana Yesus mengetahui hari kiamat sebab hanya Tuhan sahaja yang mengetahui kedatangan Kiamat seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :
Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus (Al-Zukhruf 43;61).

Bahasa arab mempunyai makna yang luas, jadi penafsiran berbeza-beza tapi kalau rujuk Qur'an dalam bahasa arab dan tanya kepada orang arif bahasa arab maka maksud ayat tersebut adalah Isa menjadi saksi bukan hakim, bahkan setiap nabi akan menjadi saksi kepada umatnya di hari Kiamat bukan Yesus sahaja. Bahkan dalam Bible sendiri diterangkan bahawa Yesus hanyalah sebagai saksi sahaja.

Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu. Orang yang berlaku curang dalam memberi gaji kepada pekerja, orang yang menindas balu, yatim piatu dan bangsa asing, serta semua orang yang tidak menghormati Aku (Malachi 3;5).

Sebetulnya Yesus tidak mengetahui kedatangan hari kiamat tetapi hanya mengetahui tanda-tanda kedatangan kiamat sahaja. Dan ini tidak dapat dijadikan hujah bahawa Yesus itu tuhan sebab mengetahui tanda-tanda kedatangan Kiamat sebab Nabi-nabi yang lain juga mengetahui tanda-tanda kedatangan Kiamat. Sila rujuk Bible

Meskipun demikian, tidak seorangpun mengetahui hari atau waktu kiamat, baik malaikat di syurga ataupun Aku, hanya Bapa di syurga yang tahu (Mark 13;32)

Ayat-ayat yang lain dalam Qur'an juga menunjukkan bahawa Yesus adalah seorang nabi yang diutus oleh Allah ke bumi ini untuk menyelamatkan manusia yang tersesat.

Sungguh, telah kafir orang-orang yang berkata: “Sungguh Allah dialah Al Masih putra Maryam”. Padahal Al masih sendiri berkata, “Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah Tuhan-Ku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya barang siapa mensyirikkan Allah, maka sungguh Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidak ada seorang penolongpun bagi orang-orang yang zalim itu (Al-Maidah 5;72).

Ingatlah semasa Allah berfirman, “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: Jadikanlah Aku dan ibu-KU dua Tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku. Jika Aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sungguh Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib (Al-Maidah 5;166).


Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku iaitu: Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu”, dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah maha menyaksikan atas segala sesuatu (Al-Maidah 5;167)

Sungguh penciptaan Isa di sisi Allah, seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman: "Jadilah“, maka jadilah dia (Ali-Imran 3;59).

Kemudian Kami hantar rasul-rasul Kami dan Kami hantar Isa putra Maryam; dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang... (Al-Hadid 57;27).

Daripada ayat-ayat di atas telah dibuktikan bahawa Yesus hanyalah seorang nabi atau utusan. Ayat-ayat di bawah ini akan membuktikan Yesus bukan Tuhan berdasarkan sifat-sifat yang tidak mungkin dimiliki oleh pencipta.
Sifat Allah sama seperti sifat manusia.
1. Allah dapat Melihat
Lalu turunlah Tuhan untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh anak-anak manusia itu (Deutronomy 5).

2. Tuhan mempunyai Punggung
Kemudian Aku menarik tangan-Ku, maka engkau akan melihat punggung-Ku, tetapi muka-Ku tidak akan terlihat (Keluaran ;23)

3. Tuhan bergelut melawan Ya'kub.
Lalu orang itu berkata, "Nama kamu bukan lagi Ya'kub tetapi Israel kerana engkau telah bergelut melawan Allah dan manusia, dan engkau menang (Kejadian 32;28).
4. Tuhan mabuk
Lalu terjagalah Tuhan seperti orang tertidur, seperti pahlawan baru terjaga daripada mabuk kerana Wine (Mazmur 78;65).
5. Tuhan menyesal menciptakan manusia
Maka menyesallah Tuhan telah menjadikan manusia di bumi dan menyedihkan hatinya (Kejadian 6;6).
6. Tuhan mencium persembahan
Ketika Tuhan mencium persembahan yang harum itu berfirman Tuhan di dalam hatinya (Kejadian 8;21).
7. Tuhan seperti singa
Ia merebahkan diri dan meniarab seperti singa jantan atau betina. Siapakah yang berani membangunkannya? (Keluaran 24;9).
8. Tuhan seperti Api
Kelihatan kemuliaan Tuhan seperti api yang menghanguskan di puncak gunung itu pada pandangan orang Israel (Keluaran 24;17).
9. Tuhan berehat
Kerana dalam enam hari Tuhan menjadikan langit dan bumi, pada hari yang ketujuh ia berehat dan bernafas (Keluaran 31;17).